PEMBINA UiTM Shah Alam Bolot 3 Anugerah Terbaik

Shah Alam, 19 Jan- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam membolot tiga Anugerah Tanzim Mahasiswa Terbaik sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (MATC) Shah Alam kali ke-2 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Shah Alam.
Saudara Abdul Hilmi B Sarnudin , Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima Anugerah Belia Cemerlang, manakala Saudari Nur Nazura Bt Salim, Naib Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima Anugerah Beliawanis Cemerlang PEMBINA Shah Alam .
1546437_711925708837777_1742614065_n
Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima plak daripada Presiden PEMBINA Malaysia
1525532_711925628837785_1096173282_n
Timbalan Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam menerima plak daripada Presiden PEMBINA Malaysia
Di samping itu juga, Anugerah Khas telah diraih oleh Saudari Khairunnisa Bt Mazlan atas Khidmat Cemerlang beliau sepanjang menjawat jawatan Ketua Beliawanis PEMBINA Shah Alam sepanjang tahun 2013.
60870_711925795504435_1752530994_n
Saudari Khairunnisa Mazlan menerima anugerahkan daripada presiden PEMBINA Malaysia
Majlis ini telah dirasmikan oleh Saudara Ibrahim B Mohd Hasan, Presiden PEMBINA. Turut hadir Tuan Haji Dollah Sani Bin Suratman, Yang Dipertuan (YDP) Ikatan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam dan Puan Rohimah Khoiriah Bt Mohd Arifin Harahap, Penasihat PEMBINA UiTM Shah Alam.
Agenda mesyuarat  berlangsung dengan lancar dengan sesi pembentangan laporan aktiviti PEMBINA sepanjang tahun 2013, pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2013 serta pembubaran jawatankuasa PEMBINA 2013. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi sesi 2014 dan diketuai oleh Saudara Ammar B Ahmad Raji.

0 comments: